|     Perkara  |        Perisian   Proprietari  |        Perisian   OSS  |   
|     Lesen  |        Ada  |        Ada  |   
|     Kos  |        Tinggi  |        Rendah   atau tiada  |   
|     Kod   Sumber  |        Tidak   diberi  |        Boleh   didapati  |   
|     Pengedaran  |        Dilarang  |        Dibenarkan  |   
|     Modifikasi  |        Dilarang  |        Dibenarkan  |   
|     Jaminan  |        Terhad/Tiada  |        Terhad/Tiada  |   
|     Khidmat   Bantuan  |        Terhad/Tiada  |        Terhad/Tiada  |   
Perisian model proprietari adalah perisian yang berdasarkan kepada hakcipta iaitu ;
§         Hak eksklusif pengarang untuk mengawal pengeluaran semula, komunikasi, pencapaian, pengedaran dan sewaan komersial untuk kerja-kerja perisian tersebut.
§ Pemilik hakcipta dalam perisian propietari tersebut boleh melesenkan pengguna untuk menggunakan perisian dengan bayaran per user/seat tanpa perlu memberikan sumber kod atau source code dan boleh menghalang penghasilan salinan, edaran seterusnya dan pengubahsuaian pada perisian tersebut.
Perisian model sumber terbuka juga berdasarkan model proprietari iaitu;
§         Hak eksklusif pengarang untuk mengawal pengeluaran semula, komunikasi, pencapaian, pengedaran dan sewaan komersial untuk kerja-kerja perisian tersebut.
§         Pemilik hakcipta dalam perisian tersebut boleh melesenkan pengguna untuk menggunakan perisian, tanpa bayaran, memberikan sumber kod atau source code dan membenarkan pengguna membuat  salinan, edaran seterusnya dan pengubahsuaian  pada perisian tersebut. Kadangkala memerlukan pengguna menggunakan lesen asal dengan syarat yang sama untuk pengedaran seterusnya.



No comments:
Post a Comment